L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: November 2016

Wednesday, 30 November 2016

Tahun ni boleh kata tahun 'comeback' bagi band punk sebab banyak band punk yang released album depa tahun ni. Good Charlotte dan Sum 41 yang menyepi 6 tahun tanpa album akhirnya kembali dengan album terbaru depa. Simple Plan dan juga Blink-182 released album jugak selepas 5 tahun. Dan band yang paling legend sejak awal 90-an, Green Day pon buat comeback jugak. Album terbaru Green Day yang diberi nama 'Revolution Radio' bukan lebih kurang hebatnya.




INFO


  • Released: October 7, 2016
  • Recorded: January - July 24, 2016
  • Studio: OTIS
  • Genre: Pop Punk, Punk Rock, Alternative Rock
  • Tracks: 12
  • Length: 44:29 minutes

TRACK LISTING


1. Somewhere Now
2. Bang Bang
3. Revolution Radio             
4. Say Goodbye                          
5. Outlaws                          
6. Bouncing Off the Wall       
7. Still Breathing  
8. Youngblood
9. Too Dumb to Die  
10. Troubled Times  
11. Forever Now
12. Ordinary World 





COMMENT/RATING


Bagi aku album ni memang antara album Green Day yang best walaupon Green Day sekarang tak la femes macam zaman American Idiot dulu. Tapi aku boleh guarantee hampa tak kan kecewa bila dengaq lagu-lagu dalam album terbaru Green Day ni. Ada sesetengah lagu yang bunyi lebih kurang macam lagu dalam American Idiot, so aku rasa ramai yang suka album baru depa especially fans Green Day. Overall album ni memang top class, rating pon banyak source bagi tinggi so rating aku pon agak tinggi jugak, aku bagi 9/10.






Monday, 28 November 2016

Saturday, 26 November 2016

Hari ni aku skip keja, sebab aku bangun lambat lol. Aku dah set alarm tapi tak bunyi lak, tak tau lak kalau aku tutup alarm pastu sambung tidoq balik, boleh jadi camtu jugak. Aku dah bangun pukui 6 tadi, tapi aku sambung tidoq balik, perkara biasa yang aku selalu buat setiap hari. Tapi second alarm aku tak terbangun lak. Tak tau la nak salahkan sapa, nak salahkan aku tak bangun ka atau nak salahkan fon tak bunyi. Tapi apa apa pon solution yang terbaik bagi mengelakkan kejadian macam hari ni berlaku adalah dengan membeli jam loceng. Ada jam loceng konfem bangun punya. Tapi jangan lupa set or lupa nak buh bateri sudah, hahaha.

Thursday, 24 November 2016

Sapa tak kenai mamat PewDiePie, orang yang paling femes sekali kat YouTube. PewDiePie, atau dikenali sebagai 'Pewds' bukan setakat main game ja, dia jugak released game dia punya sendiri, bukan dia yang buat, dia upah developer buat game pasai dia. Setakat ni dia dah released dua game, first game yang dia released game "Pewdiepie : Legend of the Brofist". Game ni kena beli, aku tak ingat harga dia tapi aku dah beli, kalau nak try main boleh la main kat iPad aku. Satu lagi game dia yang paling latest, PewDiePie's Tuber Simulator, game ni free download so boleh la hampa try install and main. 








INFO



  • Name: PewDiePie's Tuber Simulator
  • Developers: Outerminds Inc.
  • Publishers: Outerminds Inc.
  • Platforms: iOS, Android
  • Released date: 26 September 2016


GAMEPLAY


User main sebagai 'Tuber' (orang yang upload video kat YouTube) yang nak jadi Tuber femes macam Pewds. So apa caranya nak jadi Tuber paling femes? User kena upload video. Lepas dah upload kita akan gain 'Subs' dengan 'Views'. Makin banyak 'Subs' makin femes kita. 'Views' tu pula guna dia untuk beli barang. Beli barang ni bukan setakat untuk nak decorate kita punya bilik, barang yang kita dah beli boleh increase kita punya views untuk sesuatu kategori berdasarkan pada barang tersebut. Video ni ada banyak kategori, antaranya Sains, Haiwan, Game, Fashion dan macam-macam lagi. Lepas kita dah level up kita dapat duit dengan otak. Otak tu gunanya letak kat pala lutut (hehe gurau ja). Otak kita guna untuk increase kita punya knowledge dalam sesuatu kategori. Yang tu boleh tengok kat 'Knowledge Tree'.



RATING

  • Google Play: 4.8/5
  • Apple Store: 4.8/5

Aku rasa setakat tu ja yang aku boleh cita, selebihnya hampa explore la sendiri, kalau aku tulih panjang-panjang pon bukan hampa paham sangat, hahaha. Ala masa mula-mula nak main game ni nanti dia ajaq la, aku pon bukan tau sangat masa mula-mula nak main, tapi sekarang aku dah tau lepas Pewds sendiri yang ajaq aku main (Pewds dalam game bukan real life lol). Bagi aku game ni agak addictive jugak, so rating aku bagi 4.75.

Tuesday, 22 November 2016

Pagi tadi aku bangun tidoq tiga kali kot. First aku bangun pukui 6, nak solat Subuh. Solat 5 minit ja so aku ada lebih kurang sejam untuk aku nak bersiap p keja. So that means aku kena bangun pukui 7, lebih awai dari sebelumnya sebab aku kena pick up Zack lagi, dia tumpang aku sejak minggu lepas lagi sebab moto dia breakdown and roadtax keta dia mampuih so dia tumpang aku la nak p keja memandangkan tempat keja dia dekat dengan tempat keja aku. Lepas semayang Subuh aku tidoq la balik, pukui 7 baru aku bangun. Masa tengah dok mandi aku terdengaq bunyi wasap, dua kali jugak aku dengaq. Aku agak ni mesti Zack wasap aku. Jangkaan aku memang tepat, tengok-tengok fon memang betui Zack wasap aku kata dia p keja dengan member ofis dia so aku tak payah la amik dia. Time aku abih mandi baru pukui 7:10, aku masuk keja pukui 8 setengah, kira aku ada banyak masa lagi nak sambung tidoq balik, hahaha. Aku pakai baju dengan seluaq nak p keja pastu aku sambung tidoq balik, pukui 7:50 baru aku bangun. Bangun tidoq banyak kali jugak aku hari ni sampai sakit kepala aku, hahaha.

Sunday, 20 November 2016

Semalam lepas balik lepak ngan member aku tengok bola, game Liverpool lawan Southampton yang berkesudahan seri tanpa jaringan. Memang frust tak menang, banyak chance yang Liverpool boleh score tapi finishing tak kemas. Liverpool masih lagi top dalam liga, sama mata dan beza jaringan dengan Man City yang menang dengan Crystal Palace semalam. Andai kata Chelsea menang malam ni depa boleh pintas Liverpool. Walaupon game semalam seri, aku rasa puas hati jugak sebab Liverpool berjaya mendapat clean sheet di tempat lawan, ye la, selalu tiap-tiap game kena bolos ja, nampak ada perningkatan dalam defence walaupon attacking tak berapa menjadi semalam. akpa, banyak lagi game, season tak abih lagi, Liverpool still ada chance nak menang liga.

Tuesday, 15 November 2016




INFO

  • Directed by: Scott Derrickson
  • Produced by: Kevin Feige
  • Production: Marvel Studios
  • Distributed by: Walt Disney Studios Motion Pictures
  • Released date: November 4, 2016 (US)
  • Budget: $165m
  • Box office: $494m



CAST

  • Benedict Cumberbatch as Stephen Strange/Doctor Strange
  • Chiwetel Ejiofor as Karl Mordor
  • Rachel McAdams as Christine Palmer
  • Benedict Wong as Wong
  • Michael Stuhlbarg as Nicodemos West 
  • Benjamin Bratt as Jonathan Pangborn
  • Scott Adkins as Lucian
  • Mads Mikkelsen as Kaecilius
  • Tilda Swinton as the Ancient One
  • Chris Hemsworth as Thor

ADDITIONAL INFO


Movie ni berdasarkan pada komik Marvel 'Doctor Strange' yang dilukis oleh Stan Lee. Movie ni sebenarnya dah patut released masa 80an dulu tapi terlalu banyak konflik sampai movie ni tergantung. Banyak jugak penulis-penulis yang diupah untuk buat skrip movie tapi semuanya gagal. Start tahun 1986 sampai la tahun 2014 baru jadi nak buat movie ni. Susah jugak nak buat movie Doctor Strange ni, hahaha. Pada bulan Jun 2014, Derrickson dilantik untuk menjadi penulis movie ni dan dia dah tulis 12 scene untuk movie ni yang kemudiannya dibeli oleh Marvel. Pada penghujung tahun 2014 Cumberbatch dipilih untuk memegang watak Doctor Strange.


RATING

  • IMDb: 8/10
  • Rotten Tomatoes: 90%

Pergh.. tengok la betapa tingginya rating yang IMDb ngan Rotten bagi untuk movie Doctor Strange ni. Tak dapat dinafikan lagi yang movie ni menjadi antara movie yang top untuk tahun 2016. Walaupon aku bukan peminat Marvel, bagi aku movie ni movie superhero yang agak best, tak la standing dengan movie superhero yang lain tapi still dalam kategori movie superhero yang best. Dah cakap best so rating aku untuk movie ni mestilah tinggi, 4.5/5 final rating aku, dan 85% kalau nak ikut Rotten punya stail rating.




Sunday, 13 November 2016

Dah lama tak overnight, last aku overnight masa dok poli dulu. Tapi semalam dapat jugak aku merasa overnight setelah sekian lamanya. Aku p mana semalam? Ni nak cita ni. Semalam aku, Haziq, Tipi dan jugak Ali p mandi kat kolam air panas kat Ulu Legong yang terletak di Baling. Kami p sana naik keta Tipi. Lebih kurang pukui 9 setengah lebih depa ambik aku kat rumah. Kami p makan dulu kat kedai sebelah Red Hotel. Depa semua makan kecuali aku sorang ja tak makan, sebab aku dah makan dah kat rumah, ayah aku tapau KFC, hahaha. Dah puas makan kami p karaoke lak kat sebelah snooker yang aku selalu main. Kami karok sejam ja, memang tak puas sejam, walaupon sora pon dah serak-serak, hahaha. Next thing kami buat mestilah main snooker, selalunya lepas karok memang kami main snooker pon, ataupon sebelum tengok wayang. 

Lepas dah abih main kami pon gerak ke Baling. Tipi drive, Ali dok depan, Haziq ngan aku dok belakang. Perjalanan kami ke Baling ambik masa sejam jugak, tu pon sebab Tipi drive laju, 140km jugak dia tibai, hahaha. lebih kurang pukui 2 suku pagi kami pon sampai. Aku rasa first tme jugak aku masuk sana, seingat aku pernah p masa poli dulu, tapi tak pernah masuk, mungkin aku dok tidoq dalam keta ja kot. Masuk sana tukaq baju mandi depa bawak aku p kolam yang second panas (kolam yang paling panas tak boleh masuk sebab terlampau panas). Mula-mula letak kaki dalam kolam rasa panas gila, tapi lama-lama dah biasa dah. Memang lega gila berendam dalam air panas, kena pulak time malam yang sejuk. Kami empat-empat orang berendam kat kolam sambil dok menyembang, mata kami jugak tak terlepas usha awek-awek kat sana, biasa la orang bujang, mata mana boleh tengok kat lain dah, hahaha.


Lepas mandi tangkap gambaq lak.


Dua jam jugak kami berendam, lebih kurang pukui 4 lebih baru kami pon chow. Masa otw balik Tipi drive lagi (sebab dia larat), Haziq pulak yang dok depan, aku ngan Ali dok belakang. Masa otw balik aku dok layan lagu dalam iPad aku, Ali lak dok tidoq berdekoq, deraih jugak mamat tu berdekoq, aku yang pakai earphone pon boleh dengan dia berdekoq, hahaha. Time tu aku tak mengantuk lagi, tapi lepas masuk Subuh mata pon dah jadi kuyu. Pukui 6 setengah kami pon sampai kat Perda. Kami singgah kat masjid Perda nak sembahyang Subuh. 


Selfie after breakfast.


Lepas solat kami p breakfast kat gerai tepi jalan kat Permatang Rawa. Bukan senang nak breakfast hari Ahad, selalu aku tidoq sampai tengah hari, semalam kira first time aku breakfast pagi Ahad, hahaha. Dah puas makan depa pon antaq aku balik. Memang puas jugak dapat meluangkan masa dengan depa ni, selalu dok rumah ja, lepas ni tak tau lak kami nak p mana. 

Wednesday, 9 November 2016

Tarikh hari ni menjadi tarikh yang akan diingati oleh seluruh warga US. Pilihan raya di US sudah pon berakhir, warga Amerika kini mempunyai presiden baru yang menggantikan Obama, Donald Trump yang menang undian yang paling banyak, mengalahkan pesaingnya, Hillary Clinton. Disebabkan ini, US sekarang menjadi bahan jenaka seluruh dunia. Laman sosial menjadi agak kecoh, terutamanya 9gag, penuh dengan meme-meme lawak Trump, sampai aku pon dah fedap. Apa pendapat hampa dengan pelantikkan Trump sebagai presiden US? Adakah dia layak menjadi presiden? Atau Hillary yang lebih layak? Seriously bagi aku, I don't give a fuck. Bukan aku orang US pon, lol. Memang pelantikkan Trump akan menjejaskan imej Islam (sebab dia support Israel), maksud aku kita umat Islam sepatutnya kena lebih risau dengan diri kita, sebab kita tak bersatu tu la org dok ambik advantage kat kita. 

Sunday, 6 November 2016

Sapa pernah makan Skittles? Bentuk dia bulat kecik yang ada banyak kaler. Lebih kurang macam M&M jugak tapi setiap kaler dia rasa lain-lain. Ada 5 kaler, kaler oren rasa dia Oren, kaler hijau rasa dia Apple, kaler merah rasa Strawberri, kaler kuning rasa Lemon, dan kaler purple lak rasa Anggur. Flavour yang aku suka flavour grape. Harga dia murah ja, dalam RM2 lebih. Terdapat di kedai runcit seperti 7E dan kedai di stesen minyak (macam promote lak).