L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com

Tuesday, 8 July 2014

1. Follow them around the house everywhere.
2. Moo when they say your name.
3. Run into walls.
4. Say that wearing clothes is against your religion.
5. Stand over them at four in the morning with a huge grin on your face and say, good morning sunshine
6. Pluck someone's hair out and yell, "DNA"
7. Wear a sticker that says, "I'm a retard"
8. Have 20 imaginary friends that you talk to all the time.
9. In public yell, "No Mom/Dad, I will not make out with you!!"
10. Do what they actually tell you.
11. Jump off the roof, trying to fly.
12. Hold their hand and whisper to them, I see dead people.
13. At everything they say yell, Liar.
14. Try to swim in the floor.
15. Tap on their door all night.

Monday, 7 July 2014

Read this "HATE letter". It is so funny and creative. This is a loveletter from a boy to a girl.... However, the girl's father does not like him and want them stop their relationship......and so..the boy wrote this letter to the girl..he knows that the girl's father will definitely read this letter..

1 "The great love that I have for you
2 is gone, and I find my dislike for you
3 grows every day. When I see you,
4 I do not even like your face;
5 the one thing that I want to do is to
6 look at other girls. I never wanted to
7 marry you. Our last conversation
8 was very boring and has not
9 made me look forward to seeing you again.
10 You think only of yourself.
11 If we were married, I know that I would find
12 life very difficult, and I would have no
13 pleasure in living with you. I have a heart
14 to give, but it is not something that
15 I want to give to you. No one is more
16 foolish and selfish than you, and you are not
17 able to care for me and help me.
18 I sincerely want you to understand that
19 I speak the truth. You will do me a favor
20 if you think this is the end. Do not try
21 to answer this. Your letters are full of
22 things that do not interest me. You have no
23 true love for me. Good-bye! Believe me,
24 I do not care for you. Please do not think that
25 I am still your boyfriend."

So bad!! However, before handing over the letter to the girl, the boy told the girl to "READ BETWEEN THE LINES", meaning-only to read 1.3.5.7.9.11.13.15.17.19.21.23.25. (Odd Numbers) So, please try reading it again! It's so smart & sweet.

Sunday, 6 July 2014

          World Cup tahun ni memang banyak kerenah dan moment2 yg x akan aku lupa. Semalam aku tgk game Argentina lawan dengan Belgium, Argentina menang 1-0 gol daripada Gonzalo Higuain minit ke-8. Argentina berjaya ke semi final pertama dalam tempoh 24 tahun akan bertemu dengan Belanda yg kalahkan Costa Rica dengan keputusan sepakan penalti 4-3 di mana goalkeeper Belanda menyelamatkan 2 sepakan penalti Costa Rica, Tim Krul yg menggantikan goalkeeper yg bermain sepenuh masa hanya untuk bermain masa sepakan penalti (ternyata taktik pengurus Belanda berjaya). Tapi aku bukan nak cakap pasai game Belanda sebab aku bukan tgk pon (tgk result ja), aku nak share sikit moment paling lawak semasa game Argentina lawan Belgium. 


Alejandro Sabella hampir terjatuh ketika Gonzalo Higuain miss chance nak score 1 lagi.


Antara meme2 Sabella yg telah digabungkan dalam video ni. Hahaha memang lawak.

Saturday, 5 July 2014

          Jerman menjadi pasukan pertama yg layak ke separuh akhir selepas menewaskan Perancis 1-0 di Rio de Janeiro. Jerman jugak merupakan pasukan pertama yg layak ke separuh akhir Piala Dunia untuk 4 kali berturut-turut (2002, 2006, 2010, & 2014). Jerman akan bertemu dengan pasukan tuan rumah, Brazil yg menewaskan Colombia 2-1. Kemenangan Brazil terpaksa dibayar dengan harga mahal kerana penyerang sensasi mereka, Neymar terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang Colombia. Aku sebenaqnya dah agak yg Jerman masuk separuh akhir tapi at least Perancis fight jugak ngan Jerman. Perancis x dak luck kali ni, keeper Jerman pon banyak save bola. 


Gol dari Mats Hummels pada minit ke-13 sudah cukup untuk membawa Jerman ke separuh akhir Piala Dunia untuk 4 kali berturut-turut.
Mats Humels yg menjaringkan gol kemenangan Jerman dipilih sebagai Man of the Match.
Laurent Koscielny (kiri) dan Per Mertesacker yg bermain bersama-sama untuk pasukan Arsenal.
Pemain-pemain Jerman meraikan kejayaan mereka mara ke separuh akhir.
Dari kiri: Patrice Evra, Laurent Koscielny, dan Mathieu Debuchy tunduk kecewa selepas gagal membawa negara mereka ke separuh akhir.

Friday, 4 July 2014

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.



Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih. "Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang. "Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu! "Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat. Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat, InsyaAllah.

#copypaste #share #LegacySecretTrading #facebook #takenote

Thursday, 3 July 2014

Wednesday, 2 July 2014

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.


Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

#copypaste

Tuesday, 1 July 2014

This post mainly for girl who telling own self im SWAG..

SWAG mention for boys/man but for girl use SWAL that mean SECRETLY WE ARE LESBIAN did u all understand girl???

Monday, 30 June 2014

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK;

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian.
2. Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit.
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik.
5. Riak bila bersedekah.
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran.
7. Tidak/kurang beristighfar.
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh.


Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yang berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yang melimpah ruah. Tapi ketahuilah itu nikmat yang paling azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. Wallahua'lam. 


#copypaste #facebook

Sunday, 29 June 2014

          Ari ni first day posa tapi tu x halang aku daripada tgk bola. Semalam punya game antara Brazil lwn Chile memang sengit, sampai la masuk penalti shootout. Mula-mula David Luiz ambik, dia score. Pastu giliran Chile lak, Pinilla miss keeper save. Brazil lak miss bila Willian shoot off target. Chile miss lagi bila keeper save bola Sanchez. And then Marcelo score untuk Brazil, defender lagi yg score. kali ni Chile score, Arraguiz shoot bola punya kuat, aku rasa yg ni tendangan penalti ni paling sempoi, keeper pon x boleh buat pa. Brazil miss lagi, kali ni Hulk lak. Pastu Chile score dengan tendangan yg agak simple oleh Diaz. Tendangan last untuk Brazil, Neymar score. (main acah-acah lak nak tendang bola). And  yang last skali tu pemain Chile, Jara miss and Brazil pon layak ke quarter final.

David Luiz meletakkan tuan rumah di hadapan pad minit ke-18. Brazil 1-0 Chile.
Kesilapan defender dihukum dengan jaringan penyamaan Chile oleh Alexis Sanchez pada minit ke-32.
Tendangan defender Chile, Jara terkena palang sekaligus melayakkan Brazil ke quarter final dengan keputusan penalti 3-2 selepas terikat 1-1.
Pemain-pemain Brazil meraikan kejayaan mereka mara ke quarter final.
Goalkeeper Brazil, Julio Cesar dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.