Aku tak tau apa masalah aku ni, dah banyak kali dah aku tinggai Subuh. Alarm dah set dah, pukui 6 setengah, tapi tak tau la awat aku still tak bangun, tak kan aku tak dengaq kot? Maybe aku dengaq pastu aku tutup alarm pastu aku sambung tidoq balik. Boleh jadi, tapi ayah aku mesti gerak aku jugak tak kan aku tak bangun jugak kot? Aku kena tidoq awai lepas ni, pukui 3-4 pagi baru aku tidoq camna nak bangun awai, hahaha. Tapi hari ni aku tak tinggai Subuh sebab aku tak tidoq langsung. Punya la tak mau tinggai Subuh la kan sampai sanggup tak tidoq. Nasib baik pagi aku tak p mana-mana, boleh la aku tidoq. Agak berkesan jugak cara ni tapi risau lak aku, takut kesihatan terjejas ja kalau kerap dok buat camtu. So camna guys? Okay tak aku buat cara tu, am I doing it right?
Thursday, 30 April 2015
Wednesday, 29 April 2015
How To Supercharge Your iPhone
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Post hari ni aku nak share sikit tip macam mana nak charge fon hangpa
dengan cepat. Tapi tip ni cuma untuk iPhone user je la, fon lain tak
tau berkesan ke tak. Try la ikut tengok, mana tau berkesan jugak guna fon lain. Aku dah try dah, memang berkesan. Kalau nak tau berkesan ke tak, just watch this video.
Tuesday, 28 April 2015
Not Forever Alone Anymore
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Hari nimaku lunch ngan Faiz lagi, kali ni kami makan kat Nilam Baiduri. Haidar ngan kawan dia yang sorang tu join kami jugak. Faiz punya tak suka makan kat situ, hahaha. Aku pon taktau nak p makan kat mana. Jauh sikit dari tempat keja dia pon dia tak mau. Kalau makan kat Kapitan kena gst lak. So terpaksa la makan kat kedai melayu. Tak kira la makan kat mana pon janji dapat jugak aku makan ngan member, selalu makan sorang-sorang ja, hahaha. Walaupun cuti dok umah ja, tapi aku boleh luangkan masa aku ngan kawan-kawan aku, kali ni dah tak rasa dok dalam dunia sendiri lagi, hahaha.
Monday, 27 April 2015
Talking About Bussiness
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Petang tadi Faiz ajak aku lunch, dia suruh aku amik dia kat Bank Rakyat Perda dekat dengan tempat keja dia. Nasib baik tak lama macam semalam aku tunggu dia, hahaha. Kami pon p la cari kat mana kami nak makan kat ngan area Perda. Last-last kami p makan kat kedai biasa yang selalu aku dok p, kedai Pokok Nyok Nasi Campur. Masa tengah makan tiba-tiba Faiz ajak aku niaga kedai makan. Aku pon setuju jugak ngan idea dia tapi rasa takut lak, hahaha. Iya la, kena ambik risiko jugak la kalau nak berniaga ni. Bawak kluaq modai mahai-mahai tapi takut orang tadak lak, tu yang aku dok risau tu. Tapi seriously aku memang berminta jugak nak bukak kedai makan sendiri tapi buat masa ni bukan masa yang sesuai, aku pon tak decide lagi apa aku nak buat lepas ni.
Sunday, 26 April 2015
Time Well Spent
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Selalunya hari Ahad aku dok umah ja. Tapi tak sangka lak hari ni aku jalan merata kat area Penang. Kisahnya bermula begini, pagi tadi lebih kurang pukui 11 lebih Haidar call aku tapi aku tak bangun lagi masa tu. Pukui 12 lebih baru la aku terjaga, tengok-tengok fon ada miss call, hahaha. Tengok wasap lak Haidar tanya aku ada mana pastu dia ajak aku teman dia p main bowling kat area Penang untuk event charity. Aku pon on je la sebab aku memang nak p Penang nak teman Faiz ambik baucar buku dia. Dia suruh aku tunggu kat McD Perda. Faiz pon wasap aku jgak cakap Haidar ajak aku p Penang. Mula-mula Faiz tak mau ikut sebab dia segan, paksa punya paksa baru dia ngalah, hahaha. Aku pon wasap lak Renggos, sorang member aku yang selalu tak puas hati ngan orang lain, hahaha. Aku suruh dia mai umah aku dulu gerak sekali. Lepas mandi pakai baju and get ready Renggos pon sampai umah aku. Kami tunggu Faiz lak kat umah aku sebab dia kata dia nak mai umah aku jugak. Dekat setengah jam jugak kami dok tunggu dia, masa aku call dia kan tau tak dia cakap apa? Dia cakap dia baru nak kluaq umah. Kami pon dok mencarut la, tunggu punya lama ingatkan dah otw dah, rupa-rupanya baru nak kluaq umah, nokhorom betui punya perangai, hahaha.
Kami pon suruh dia tunggu kat McD Perda and then kami p McD ambik Haidar ngan kawan dia lagi sorang. Pastu kami tunggu Faiz lagi, lebih kurang pukui 2 baru dia sampai and then kami pon gerak p Sunshine Square, tempat event bowling yang Haidar join tu. Kami singgah sat dekat kedai nasi kandaq dekat ngan Sunshine. Aku sorang ja makan yang lain minum ayaq ja. Dah puas makan aku, Renggos ngan Faiz p la kolej Faiz nak teman dia p ambik baucar buku, Haidar ngan kawan dia jalan kaki p Sunshine main bowling. Sampai kat kolej kena tunggu Faiz p ambik baucar buku dia. Sekali lagi kami dorang kena tunggu Faiz, hahaha hari ni keja kami dok tunggu Faiz ja. Setengah jam kemudian baru la dia dapat baucar tu and then kami p balik Sunshine. Kat sana kami p ronda-ronda dulu tengok baju pastu p bowling balik. Tunggu Haidar punya lama nak abih dia punya game bowling, kami pon main la satu game dulu, hahaha. Depa dorang memang terer main bowling aku selau jatuh longkang ja, hahaha noob betui aku. Dah puas main kami p semayang Asaq pastu tunggu Haidar ambik hadiah.
| Dalam lif pon sempat lagi bergambaq, hahaha. |
| Main satu game pon dah puas dah. |
| Haidar dan team dia bergamabaq dengan Tuan Haji Rashid bersama dengan hadiah sagu hati. |
| Dari kiri: Renggos dan Faiz. Lepak kat luaq sat dok tunggu Haidar abih dia punya event. |
Tadi aku ngan Renggos kena tunggu Faiz, sekarang kami dorang sekali ngan Faiz kena tunggu Haidar lak, hahaha. Tak lama kemudian baru la Haidar ngan kawan dia mai and then kami pon tunggu dalam keta, tunggu sapa? Tunggu kakak Haidar pulak, hahaha keja dok tunggu ja kami ni. Kali ni aku tak pegang stereng dah, Renggos lak nak rasa bawak keta aku, dia dok bajet Toretto lak, hahaha. Boleh tahan lamanya nak tunggu kakak tu at last jumpa jugak kakak tu tengah dok dalam keta Alza. Kami pon p la cari kedai makan untuk dinner. Pukui 7 lebih jumpa jugak kedai makan, tempat dia boleh la tahan, agak berselera jugak aku makan time tu. Lepas abih makan kami p singgah masjid untuk solat Maghrib and lepas tu kami pon balik. Haidar lak yang drive masa tu, memang bahaya betui Haidar bawak sampai Faiz pon cakap, "Haa, ni baru Toretto!" hahaha Toretto tak Toretto hang tak sedaq ka hang dok bawak keta aku.Laju betui Haidar bawak atas jambatan sampai kena hon ngan orang lain masa dok main cilok-cilok.
Pukui 9 lebih baru la sampai McD balik, Faiz pon belah ngan moto dia kami lak p lepak dulu kat kedai nasi kandaq ABC Corner depan McD tengok bola. Dekat pukui 10 Renggos dok wasap aku ajak balik, buang data betui la dia ni dok dekat pon nak wasap-wasap, hahaha. Aku ngan dia pon balik. Renggos dok ngadu sakit pala pulak, dia suruh aku singgah Caltex dia nak beli ubat Panadol. Lepas beli ubat kami pon balik, fuhh...memang jalan sakan betui aku hari ni, hahaha.
Saturday, 25 April 2015
Hangout
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Pagi tadi dalam pukui 10 Faiz Hussein call aku, ajak aku teman dia p kolej dia ambik baucar buku. Aku pon p la bersiap and then dalam pukui 11 lebih baru dia sampai umah aku. Kami pon gerak p sana. Jalan memang jem jugak la nak p sana. Pukui 12 lebih baru sampai kolej tapi yang sedihnya Faiz tak dapat ambik baucar buku sebab ustaz yang jaga baucar tu tak mai, p Kelantan katanya. Ustaz tu kata mai petang esok so nak tak nak esok kena mai lain la cita dia.
Kami pon lunch dulu kat KFC. Lepas lunch kami balik Perda cari CC (aku punya idea, hahaha). Merata jugak kami cari CC sebab yang dekat umah aku tu tutup. Last-last jumpa jugak CC, tempat dia okay jugak, kerusi pon sedap duduk, first time aku masuk CC tu (ntah nama pa CC tu). Pukui 4 lebih baru la kami balik. Esok mungkin kluaq lagi, tak tau jadi ke tak, hahaha.
Friday, 24 April 2015
Thursday, 23 April 2015
Being Me Is Everything
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Reality seems unreal in dream,
Dream seems unreal in reality,
Pain feels like a thorn when loving,
Loving feels like a sworn pain,
Bravery masks my fears,
Fear reveals my bravery,
Time makes me wonder,
Wondering collides my patience,
Hope channels my faith,
Faith strengthens my hope,
Everything scares my being,
Being me is everything.
Pain feels like a thorn when loving,
Loving feels like a sworn pain,
Bravery masks my fears,
Fear reveals my bravery,
Time makes me wonder,
Wondering collides my patience,
Hope channels my faith,
Faith strengthens my hope,
Everything scares my being,
Being me is everything.
Wednesday, 22 April 2015
Tuesday, 21 April 2015
Okay, Now What?
Posted by
Aminur Rasyid
at
10:00 pm
Sekarang ni aku tengah dok tunggu result, bulan 9 ni dah konvo so 5 bulan jugak aku kena tunggu. Aku pon macam dah blur apa yang aku nak buat lepas ni. Ayah aku pon dok tanya aku banyak kali nak sambung belajaq ka atau nak keja. Ntah la, aku pon tak tau mana satu choice yang aku nak pilih. Sekarang ni aku cuma nak rileks ja, malas nak pikiaq masa depan lagi, hahaha. La ni aku dok umah ja, member ajak kluaq lepak aku ikut la. Aktiviti-aktiviti harian aku sekarang ni cuma online, makan, tidoq, main game, hahaha. Seriously itu la life yang aku suka, memang macam orang yang tak dak masa depan, lol. Arghh..biaq la, bukannya life aku macam tu forever, lepas ni aku kena pikiaq apa yang aku nak buat untuk masa depan hidup aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)

