L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com

Thursday, 12 March 2015

Pagi tadi masa kluaq ngan Abang Fazlee kan dia cita kat aku yang semalam dia bagi hilang cek, katanya mungkin masa dia nak bawak kluaq fon dia dalam poket cek tu terjatuh la kot. Lepas tu lak dia kata lepas cek tu hilang dan dia tak dapat cari, masa dia nak minum ayaq Milo bungkuih, tiba-tiba tumpah lak atas seluaq dia sebab dia tersilap cucuk kuat sangat masa dia nak kacau ayaq, abih seluaq dia. Memang semalam dia tak bernasib baik. Yang tu cita semalam tapi cita hari ni lak dia tak bernasib baik jugak, masa kami p umah cikgu nak ambik cek tengah hari tadi abang tu terlanggaq tiang konkrit rumah yang tak siap lagi masa tengah reverse. Kuat jugak sampai aku pon terkejut, mati-mati aku ingatkan langgaq keta orang tapi nasib baik langgaq tiang ja. Memang tak nampak tiang tu kalau tengok cermin sisi, nak tengok belakang pon memang tak nampak jugak sebab cermin belakang dah berkarat dia punya tinted so masa nak reverse tu memang kena tengok siap-siap dah kat luaq keta ada apa kat belakang. Dah la time tu cikgu kat luaq umah, dia dok perati kami ja, hahaha. Cikgu pon tak kata apa dia still senyum jugak, even semalam pon abang tu bagi hilang cek. Kesian abang, lain kali berhati-hati la ye.

Wednesday, 11 March 2015

Tak sampai sebulan lagi GST akan dilaksanakan di Malaysia, kalau nak tau apa tu GST baca bawah ni...

Beberapa hari lepas, saya telah pergi kursus GST di kastam kelana jaya, tiada tujuan lain melainkan ingin mendaftar kerana saya merupakan seorang ahli perniagaan. Di sini saya akan ceritakan bagaimana GST dilaksanakan, rupanya ianya amat menguntungkan bagi kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit tetapi TIDAK kepada pengguna. Cara kiranya begini setelah saya tamat berkursus dengan penuh bangga!

Contoh:

Sebiji aircond yang di buat oleh pengilang, segala bahan materialnya akan di kenakan cukai GST sebanyak 6%, maka kosnya juga akan meningkat 6%, dari harga asalnya, sebelum sampai segala material kepada pengilang, pembekal juga akan di kenakan cukai GST 6% untuk setiap material, ini menjadikan jika sebiji aircond 1.0 hp jika dulunya berharga RM 700.00, ianya akan bertambah menjadi 12% dari harga asalnya iaitu RM 784.00

Kemudian pengilang akan menjual kepada pemborong dengan tambahan 6% GST lagi menjadikan harga aircond 1.0 hp itu tadi menjadi RM 831.00.

Sesudah itu pemborong pula akan menjualnya pada peruncit dengan cukai 6% GST di tambah dengan mengambil keuntungan RM 50 ianya menjadikan aircond 1.0 hp itu tadi kepada RM 831.00 + RM 50.00 + 6% GST = RM 933.90

Kemudian peruncit akan menjualnya pada pemasang dengan menambah keuntungan RM 50.00 + RM 933.90 + 6% GST = RM 1042.40

Seterusnya pemasang pula akan mengenakan bayaran pemasangan sebanyak RM 250 + RM 1042.40 + 6% GST
= RM 1369.60

Harga sebenar sebelum adanya GST bagi sebiji aircond 1.0 hp sehingga terpasang di rumah anda adalah RM 1369.60 / 100 x 70 = RM 958.70 saja! ini bermakna anda wajib menambah RM 411.00 lagi setelah GST di laksanakan pada 1 April 2015 bagi di kongsi-kongsikan oleh kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit dan pemasang!

Kesemua mereka boleh claim balik pada kerajaan dan hanya pengguna saja tidak boleh claim kepada kerajaan, bunyinya seperti indah bukan? Tetapi sebenarnya, pengguna terpaksa membayar 30% cukai kepada kerajaan, kerajaan berkongsi keuntungan itu kepada peniaga yg memang telah kaya raya atas dasar penindasan dan kezaliman yang melampau ini. Rakyatlah akan tanggung semuanya!

Berdasarkan merit dan populasi pekerjaan, di anggarkan seramai 14 juta pekerja dan berjuta masih belajar dan tidak bekerja dan hanya 2 juta saja peniaga di malaysia, maka secara realitinya, 3/4 rakyat malaysia akan di tekan 30% cukai sama rata dari pendapatan mereka oleh kerajaan
bermula 1 april ini..

Maka akan berlakulah inflasi, iaitu majoriti rakyat akan berkira-kira untuk membeli walau suatu barangan sekalipun, ini akan menyebabkan kecairan wang dalam negara tidak berlaku, ekonomi akan lembab, pemintaan kurang dan pengeluaran akan berlebihan kemudian kerajaan pun akan tumbang!

Begitupun, jika pemasang aircond 1.0 hp itu tadi tidak berdaftar dengan kastam untuk GST, secara rasionalnya mereka tidak akan dapat berdaya saing dengan yang  berdaftar, kerana mereka terpaksa meletakkan harga yang lebih tinggi kerana barang yang mereka beli tidak sama harganya dengan yang berdaftar GST, kerana yang berdaftar, ia boleh merendahkan sedikit harga pemasangannya kerana ia boleh claim semula 6% GST tadi, ini menyebabkan majoriti sumber pendapatan yang tidak berdaftar akan gulung tikar.

Rumusan saya, inilah dia gaya kapitalis terbaru dalam menjerut leher rakyat marhain di malaysia, cukai ini di paksa sebanyak 30% ke atas rakyat yang majoritinya berpendapatan rendah dan cukup-cukup makan. kerajaan yang suka menindas begini pasti tidak akan kekal lama dan pasti rakyat akan menumbangkan atau menggulingkan mereka.

Tetapi, mungkin ada yg berkata, "kami tak guna air cond". Tetapi cuba bayangkan sahaja bila harga alat ganti kenderaan dikenakan 6%?? Secara tidak langsung, kita dpt bayangkan apa sahaja yg dibawa oleh kenderaan itu akan turut naik waima serbuk kari sekalipun....

Pertanyaan saya, di manakah pakar-pakar ekonomi kita yang kononnya hebat hingga perkara sebegini jelas penindasannya boleh berlaku?

Ni sebenarnye gst..

Tuesday, 10 March 2015

Monday, 9 March 2015

Post hari ni aku nak cita sikit pasai movie yang aku dah tengok semalam ngan classmates aku iaitu cita Chappie. Kalau nak ikutkan nak tengok Spongebob semalam tapi depa nak tengok Chappie so aku ikut je la. Walaupon tak dapat tengok cita Spongebob tapi aku tetap enjoy tengok cita Chappie sebab movie dia memang best. Aku tak pernah tengok dia punya trailer tapi masa tengok cita Chappie memang tak menghampakan. Rating untuk movie ni aku bagi 5/5, hahaha.


Poster movie ni, robot ni namanya Chappie. Movie ni berdurasi selama 120 minit dan menelan kos sebanyak 49 juta dollar menurut Wiki.
Deon Wilson ialah seorang pereka robot yang bekerja di Tetravaal, sebuah kilang senjata. Dia lah yang mencipta Scout, robot polis yang ditugaskan membantu polis mengurangkan kadar jenayah di kota Johannesburg, Afrika Selatan. Salah satu robot itu telah rosak ketika berlawan dengan penjenayah dan Deon sendiri mengarahkan robot tersebut dikitar semula tetapi setelah dia mencipta satu software baru yang setanding dengan kepintaran manusia, dia menarik balik keputusannya untuk mengitar semula robot yang rosak tu kerana ingin memasang software barunya itu dalam robot tersebut tapi kelulusannya ditolak oleh bos dia sendiri.
Pompuan ni la bos Dean, Michelle Bradley yang telah menolak kelulusan untuk Dean memasang software barunya ke dalam robot yang rosak. Jadi Dean mengambil keputusan untuk mencuri robot tersebut dan semasa membawa robot itu dia telah diculik oleh kumpulan pengganas.
Vincent Moore yang dilakonkan oleh Huge Jackman juga seorang pereka robot. MOOSE, robotnya yang lebih besar daripada Scout telah direject. Sebab itu dia selalu dengki dengan Dean dan dia telah melakukan banyak benda untuk menjatuhkan robot Scout untuk membolehkan MOOSE digunakan.

Dari kiri, Ninja dan Yolandi, mereka berdua ni merupakan anggota Die Antword, kumpulan hip hop berasal dari Afrika Selatan melakonkan watak kumpulan jenayah, mereka la yang menculik Dean untuk menghapuskan robot Scout tetapi Dean telah menyatakan kepada mereka yang robot Scout tidak boleh dimatikan. Ninja kurang sabar dengannya dan ingin memotong kaki Dean tapi belum sempat dia berbuat demikian kawannya lagi seorang, Amerika jumpa robot yang rosak dalam van Dean. Jadi Ninja pon menyuruh Dean untuk menjadikan robot itu jadi ganas untuk membantu mereka melakukan jenayah.
Jadi Dean pon cuba memasang software barunya itu ke dalam robot tersebut. Robot tersebut pon berjaya dihidupkan tetapi robot itu menjadi takut lalu menyembunyikan dirinya. Dean dan Yolandi cuba memujuk robot itu dan lama-kelamaan robot itu menjadi selesa dengan mereka dan dia turut belajar bercakap dengan mereka. Dan pada masa itu lah robot tersebut diberi nama Chappie oleh Yolandi.
Chappie sedang melukis setelah diajar oleh Dean sambil disaksikan oleh Yolandi, hasil lukisan Chappie amat mengejutkan mereka.

Yolandi sedang menceritakan tentang kambing biri-biri hitam kepada Chappie. Yolandi yang juga dipanggil Mami oleh Chappie banyak mengajarnya tentang kehidupan manusia. Dia juga bersependapat dengan Dean dan mereka cuba menjadikan Chappie seorang budak baik. Layanan Yolandi terhadap Chappie sangat berbeza dengan Ninja yang ingin menjadikan Chappie seorang gangster.
Adegan lawak apabila Ninja sedang melatih Chappie menggunakan alat senjata, dia mengatakan kepada Chappie bahawa dia perlu 'menidurkan' seseorang dengan pisau sebab tidur itu indah tetapi itu hanya la bahasa kiasan untuk meyakinkan Chappie membunuh seseorang ketika mereka ingin melakukan rampasan tetapi Chappie telah salah anggap dan dia mahu menidurkan Ninja dan Amerika, lol.
Chappie tengah berlawan dengan MOOSE yang menyerang mereka. MOOSE akhirnya dapat ditewaskan tapi malangnya Amerika dan Yolandi telah terbunuh. Well, honestly part tu memang buat aku agak sedih jugak sebab Chappie memang sayang ngan Yolandi. Lepas itu Chappie pon jadi geram and then dia pon p kat kilang cari Vincent Moore nak bunuh dia dan dia pon berjaya melunaskan dendamnya.

Ending cita ni Chappie tolong pindahkan minda Dean ke satu robot sebab Dean dah cedera teruk kena tembak jadi Chappie tak mau kehilangan penciptanya. Pemindahan tersebut berjaya dan Dean pula dengan badan barunya cuba tolong Chappie pindahkan ke badan baru dan mereka pon pergi ke rumah baru mereka iaitu tempat tinggal kumpulan Ninja. Pada masa itu Ninja amat bersedih dengan kematian Yolandi dan ketika dia sedang membakar gambar Yolandi dia terjumpa satu alat usb yang mengandungi minda Yolandi dan mereka pon mencipta satu robot baru untuk Yolandi.



- THE END -

Sunday, 8 March 2015

1. At least five people in this world love you so much they would die for you.

2. At least fifteen people in this world love you in some way.
3. The only reason anyone would ever hate you is because they want to be just like you.
4. A smile from you can bring happiness to anyone, even if they don't like you.
5. Every night, someone thinks about you before they go to sleep.
6. You mean the world to someone.
7. If not for you, someone may not be living.
8. You are special and unique.
9. Someone that you don't even know exists loves you.
10. When you make the biggest mistake ever, something good comes from it.
11. When you think the world has turned its back on you, take a look: you most likely turned your back on the world.
12. When you think you have no chance of getting what you want, you probably won't get it, but if you believe in yourself, probably, sooner or later, you will get it.
13. Always remember the compliments you received. Forget the rude remarks.
14. Always tell someone how you feel about them, you will feel much better when they know.
15. If you have a great friend, take the time to let them know that they are great.

Saturday, 7 March 2015

Hari ni aku rasa adik aku yang last sekali tu orang paling happy sekali kat dunia ni, sebab parents aku beli basikal baru untuk dia. Tiba-tiba aku teringat balik zaman sekolah rendah dulu masa aku baru 9 tahun, aku ngan adik aku dapat basikal baru, jenama BMX. Kami beli kat Carrefour (sekarang dah jadi AEON Big) yang kat Seberang Jaya, tak la jauh sangat dari rumah kami so kami pon bawak basikal baru kami dari Carrefour balik ke rumah kami. Masa tu dok kat kampung tengah bandar, agak selamat la nak racing basikal kat situ, hahaha. Cepatnya 12 tahun berlalu, rasa nak jadi budak-budak balik.

Friday, 6 March 2015

Pagi tadi kat kilang aku bungkus kertas, banyak jugak, lebih kurang 80 bungkus tapi kali ni aku tak keseorangan sebab abang Zubir tolong aku jugak, haha. Selalunya dia jalan mesin ja tapi dah mungkin tak dak keja dia pon tolong aku. Nasib baik ada orang yang sudi tolong aku kalau tak memang mampuih aku nak buat sorang-sorang, haha. Lebih kurang sejam jugak kami siap bungkus, memang penat, kalau la buat sorang-sorang mesti lagi penat and lambat nak siap. Jimat masa dan jugak jimat tenaga, itulah kepentingan teamwork!

Thursday, 5 March 2015

Wednesday, 4 March 2015

Semalam result SPM dah kluaq, yang dapat straight A's tu aku ucapkan tahniah, yang fail tu jangan risau, masa depa hangpa masih terjamin, jangan ingat SPM ni pengukur kejayaan seseorang, kalau fail pon masih ada peluang lagi untuk berjaya dalam hidup. Yang dapat straight A's tu jangan ingat hangpa dah boleh 'conquer' dunia, banyak lagi cabaran yang hangpa kena tempuhi, nanti bila hangpa dah masuk U baru hangpa tau, ingat life kat U bukan sama macam kat sekolah. Ingat, ini baru permulaan...

Tuesday, 3 March 2015

Masuk bulan ni dah genap setahun aku jadi fan New Found Glory, satu band punk dari Amerika. Sebelum ni hujung tahun 2012 sampai tengah tahun 2013 aku die hard fan Green Day, band pop punk jugak, lepas tu aku pon dah boring dengan depa. Kalau nak tau pop punk ni aku punya feveret music genre. Aku tau band New Found Glory masa hujung tahun 2013 kat hotel, time tu family vacation kat KL, aku dok main laptop tengah cari lagu feveret aku, "Kiss Me" yang cover punya, pastu aku jumpa band ni buat cover lagu feveret aku, aku pon download la. Masuk bulan Februari tahun lepas aku try discover semua lagu New Found Glory, lebih kurang 60 lagu jugak aku download, and that moment aku 'jatuh cinta' ngan band ni dan aku jadi die hard fan depa sampai ke la ni.