L Lawliet - Death Note minorasyid.blogspot.com: July 2019

Monday, 15 July 2019

Yo wassap geng! Cuti hari Sabtu hari tu hampa p mana? Tak kan dok rumah saja, hahaha. Aku? Well aku mesti la kluaq jalan-jalan. Aku ni memang pantang kalau cuti hari Sabtu mesti ada ja rasa nak p kluaq. Ni aku nak cita sikit apa aktiviti yang aku buat hari Sabtu hari tu. Hari Sabtu lepas kan cuti awam so aku dah plan siap-siap dah nak kluaq ngan Tan. Aku ajak dia lepak QB, dah lama aku tak lepak sana, selalu dok lepak kat area BM ja, tambah lagi time cuti la so boleh la aku p lepak kat belah Pulau. Aku cakap kat Tan pukui 9 pagi camtu aku p rumah dia, nak lepak kat area belah pulau ni baik gerak pagi sebab kalau tengah hari baru nak p konfem ramai orang, bila dah ramai orang paham-paham la keadaan trafik macam mana. Aku ambik Tan lebih kurang pukui 9  setengah camtu. Aku dok cari pam stesen minyak nak reload aku punya kad Touch N Go. Singgah kat Petronas dekat jalan nak p AEON Alma dia offline lak. Pastu singgah lak kat Petronas dekat RNR Juru baru boleh topap. Aku topap RM20 ja, tak banyak, sebab aku bukan selalu guna kad Touch N Go pon. Pukui 10 setengah baru sampai kat QB. Tanpa berlengah-lengah masa kami teruih p beli tiket wayang, perkara pertama and wajib yang kami selalu buat masa kami lepak sekali, hahaha. Hari tu kami tengok cita Toy Story 4, one of my favourite childhood movie, nanti aku akan buat review sikit pasai movie ni untuk post yang akan datang. 


Dah abih tengok wayang kami dok pikiaq nak makan kat mana. Kami p kat area food court dalam QB ramai orang sangat, tempat duduk tadak, so aku pon ajak Tan p makan kat luaq, nasi kandaq ka, tak kisah la kedai mana pon janji kedai tu tak ramai orang. Time abih tengok wayang baru pukui 1, kira ada banyak masa lagi kalau kami nak lepak, tapi sebelum malam aku nak balik la sebab malam masa dengan family aku lak. Tengah dok kluaq dari QB aku ternampak signboard tulis Muzium and then truih dapat idea nak p sana lepas lunch. Dah tau dah kat mana nak lepak lepas lunch  tapi kami still dok pikiaq nak makan kat mana, pikiaq punya pikiaq time dok tengah drive tak tau macam mana boleh sampai kat Original Penang Kayu Nasi Kandaq, antara restoran nasi kandaq yang femes kat area Penang. Tan la yang bagitau aku jalan mana nak masuk tak tau lak dia bawak aku p kedai tu lol. Sampai sana ramai jugak orang dok beratuq, tapi sat ja beratuq sebab depa laju buat keja. 









Perut dah loaded abis aku p singgah kat surau nak p semayang Zohoq lak. Lepas semayang Tan tanya aku nak p muzium mana sebab kat area Penang ada banyak muzium. Aku cakap la muzium yang bersejarah so Tan pon tunjuk jalan nak p Muzium Perang. Tempat dia agak tersorok jugak la, sampai kena masuk dalam area hutan, tapi kira logik la sebab tu kawasan kubu pertahanan tentera Jepun masa depa jajah negara kita, so memang patut la tempat dia tersorok sikit. Kami dok sana dekat 2 jam jugak la, penat tu toksah kata la, tambah la time panas terik, ngan aku lak pakai baju kemeja kaler hitam, dok plan nak p tengok wayang ja, tak tau la macam mana boleh terpikiaq nak p muzium, kalau dah plan nak p muzium awai-awai dah lama aku pakai baju T-shirt biasa, hahaha. Lebih kurang pukui 4 kami pon balik ikut jambatan ke-2, sebab kalau ikut jambatan pertama takut jem lak. Itu la aktiviti yang aku buat masa cuti hari Sabtu hari tu, lepas ni tak tau nak p lepak kat mana lak, boleh kata banyak lagi tempat menarik kat area Penang yang aku tak p lagi.

Wednesday, 10 July 2019

Kalau dulu setiap kali breakfast aku suka dok balun Nestum (dalam post aku sebelum ni aku ada cita). Tapi sekarang aku dok rajin breakfast kat kedai dekat dengan Kapitan Perda. Nama kedai tu Shah Café. Kat kedai ni ada nasi campuq dengan roti canai, macam kedai mamak la lebih kurang, well kalau tengok pekerja dia boleh kata kedai mamak la. Apa yang special sangat ngan Shah Café ni? Tadak apa yang special sangat pon, biasa-biasa ja, dia punya roti boleh tahan jugak la rasa dia, tapi aku makan kat sana aku selalu ambik nasi putih lauk sosej dengan teloq mata, ayaq teh ais. Boleh kata tiap-tiap hari la aku makan kat sana, dan menu yang sama, kecuali hari weekend ja aku jarang p, and kalau kedai tu ramai orang aku p breakfast kat kedai lain. Nasi putih berlaukkan sosej sebatang dengan teloq mata cukup bagi aku untuk sarapan yang sempurna di pagi hari yang indah. Kalau hampa nak try rasa masakan kat kedai Shah Café ni boleh la try, terletak satu baris dengan Bintang Idola dan Bank Islam berdekatan dengan area Kapitan Perda.

Friday, 5 July 2019